Sedapnya makan biskut nestum. Bau harum nestum dan teksturnya yang rangup mampu membuatkan sesiapa sahaja rasa ketagih dengan nya. Sedar-sedar dah habis satu balang. Snack yang tersangat sedaplah katakan. Ramai yang menyukainya. Tak kira peringkat umur dan bangsa.

Boleh juga sekiranya ingin menjadikan biskut nestum ini sebagai salah satu menu kuih raya. Bahan dan cara pembuatannya juga mudah. Hanya beberapa langkah sahaja. Hanya perlu pukul gula,butter, telur dan esen vanila. Kemudian, tambah nestum dan kacau. Dah siap adunannya. Boleh lah terap dan bakar.

Nak terap tuh terasa leceh? Jangan risau. Kalau nak cepatkan terap-terap nih, kena banyakkan lah kakitangan yang terlibat iaitu anak-anak lah kan. Jadikan ianya sebagai aktiviti keluarga. Sebabnya terap-terap ini tak perlu langkah yang ‘cerewet ‘ seperti menu lain. Lagipun tak bahaya. Pasti anak-anak excited nak buat.

Lepas tuh, sekarang nih kan. Banyak dah penjual-penjual kuih raya menvariasikan biskut nestum ini. Variasi biskut ini bergantung kepada bahan yang ditambah ke dalam resepi semasa membuat biskut nestum ini. Jadi selain dari bahan asas nestum, ada yang menambah coklat, chocholate cip, kelapa, cornflakes dan sebagainya. Bolehlah cuba.

Jadi, apa lagi. Jom buat biskut nestum ini ikut resepi Rasidah Karni dari laman facebook yang mendapat perkongsian ramai. Jom tengok resepinya. Selamat mencuba.

Resepi Biskut Nestum

Resepi biskut nestum
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan butter
  • 2 cawan nestum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 cawan tpg gandum
  • 1 cawan tpg jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sdt esen vanilla 

Cara membuatnya:

  1. Pukul gula dan butter sehingga kembang
  2. Masukkan telur & esen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung jagung, gandum & nestum. Kemudian, gaul sebati
  4. -Terap dan bakar selama 20 minit.

Mudahkan? Sekelip mata jer dah siap. Bolehlah praktis untuk buat sebagai kuih raya tahun ini. Selain daripada resepi Biskut Nestum ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .