Percaya atau tidak, bahwasanya ada biskut mudah yang penyediaannya hanya menggunakan dua bahan? Ini bukan tipu, tapi nyata adanya. Berikut di bawah ini kami kongsikan resepi biskut yang patut anda cuba.

Jom cuba resepi biskut susu bandung ini.

Dengan bahan yang mudah didapat dan cara penyediaan yang senang sangat, ramai sudah yang cubakan resepi ini. Biskut ini diperbuat hanya dengan susu dan tepung jagung sahaja. Tidak perlu modal mahal namun hasilnya amat berkelas.

Menu pantas ini dinamakan biskut susu bandung. Ianya berwarna pink dan boleh dihias dengan pelbagai topping jika mahu. Seperti tampak pada gambar di bawah ini, cantik bukan? Amat disayangkan jika tidak dimakan.

Resepi yang dikreditkan kepada Norfarhana Norazami‎ di laman Facebook ini boleh dapat banyak untuk 1 adunan. Petang ini bolehlah cubakan resepi ini pula.

Resepi Biskut Susu Bandung 2 Bahan

biskut mudah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu bandung,
  • 1 paket tepung jagung (400 gram)

    biskut mudah

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Campurkan 1 tin susu dengan tepung jagung. Uli hingga jadi doh. (Agak-agak masukkan tepung sampai doh tidak melekat di tangan).
  2. Jika adunan sudah dicampur rata, letakkan adunan dalam cup kecil dengan kemas dan cantik.
  3. Tabur hiasan.

    biskut mudah

    Imej via Facebook

  4. Kemudian bakar pada suhu 150° C selama lebih kurang 20 minit. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut susu bandung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.