Biskut Kacang atau sesetengah orang memanggilnya biskut Mazola. Sebelum ini biskut ini hanya boleh didapati pada musim hari raya sahaja. Sekarang, bila- bila masa pun boleh dapatkan biskut ini. Banyak dijual dimana-mana. Ramai yang jadikan biskut kacang ini sebagai kudap-kudapan atau ‘snack’.

Bagi penggemar kekacang, sudah pasti biskut kacang ini menjadi biskut kegemaran mereka. Bahan pun mudah dan murah. Cara nak buatnya pun senang. Bolehlah dijadikan aktiviti menekap biskut sebagai aktiviti dengan anak-anak. Seronoklah anak-anak nya nanti.

Jom tengok dan cuba resepi yang dikongsi oleh Khatijah Khatijah dilaman muka buku. Resepi ini mendapat perkongsian ramai kot. Mungkin disebabkan resepinya cepat, mudah difahami dan dibuat. Tak payah pening-pening . Apa lagi? Jom mencubanya.

Resepi Biskut Kacang

resepi biskut kacang
image via facebook

Bahan-bahannya:

  • Kacang 2 peket yang dah siap tumbuk ada jual (lebih kurang dalam 1 cawan)
  • Tepung gandum setengah peket
  • Gula halus setengah cawan (boleh masukkan gula perang sikit) kalau tak nak manis boleh kurangkan
  • Garam setengah sudu teh
  • Esen vanila
  • Kuning telur 1 biji(campur pewarna kuning)
  • Minyak mazola (tak sukat) agak-agak adunan boleh dikepal dan dibentuk bulat2
  • Kacang utk hiasan

Cara penyediannya:

  1. Gaul kesemuanya dan bentukkan mengikut pilihan masing-masing dan hiaskan dengan kacang.
  2. Sapu kuning telur
  3. Bakar pada suhu 180 selama 15 minit.

Dah siap. Mudahkan? Selain daripada biskut kacang ini, kami juga ada menulis resepi menarik dan mudah yang lain. Jemput membaca dan memcubanya. Jangan lupa berkongsi dengan yang lain ya. Sharing is caring.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.