Siapa suka jejari oat? Walaupun tidak seramai orang yang suka biskut lain tapi sekali cuba jejari oat mesti ketagih.

Siti Solehah‎ kembali di laman Facebook berkongsikan resepi biskut jejari oat. Adunan ini biasa dia gunakan untuk jualan. Boleh dapat dalam 50 biji, kalau buat banyak boleh gandakan adunan.

Biskut jejari oat berasaskan oat yang digaul bersama tepung gandum dan butter kemudian dibakar. Kombinasi oat, butter dan tepung menjadikan biskut jejari oat rasa lembut dan rangup.

Tanpa buang masa, mari lihat resepi jejari oat di bawah ini. Sesuai dijadikan camilan hari-hari mahupun camilan hari raya. Selamat mencuba.

Resepi Biskut Jejari Oat Rangup

jejari Oat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 100 gram butter/majerin (setengah cawan),
  • 25 gran minyak sapi (pilihan),
    Nota: Kalau tidak pakai minyak sapi, butter @ majerin kena jadikan 125 gram.
  • 125 tepung gandum (1 cawan),
  • 1 cawan oat yang dikisar halus,
  • 125g @ setengah cawan gula halus,
  • 2 sudu makan serbuk koko.
  • Susu tepung secukupnya.

Cara-cara :

  1. Mula-mula kacau butter/majerin, minyak sapi dan gula sampai sebati.
  2. Masukkan semua bahan A sedikit demi sedikit, kacau sampai jado doh (adunan memang lembut).
  3. Boleh dibentukkan ikut suka. Boleh tekap pakai acuan atau potong-potong jadi petak.
  4. Bakar selama 15-20 minit dengan api atas bawah suhu 160-170 °C (mengikut oven masing-masing). Biskut yang baru masak lembut sedikit waktu panas.
  5. Biarkan sejuk sekejap dalam 10 minit baru boleh gaul dengan susu tepung.
  6. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi jejari oat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.