Kalau sedang meluangkan masa bersama dengan rakan – rakan, ataupun bersama keluarga, pasti kita mahukan kudap – kudapan. Selain itu, kudap – kudapan juga boleh dihidangkan kepada tetamu yang hadir sekiranya juadah utama kita belum siap lagi. Ianya juga boleh dimakan semasa bosan, semasa menonton televisyen atau bila – bila masa sahaja. Senang kata, kudap kudapan ini amat sesuai untuk semua lapisan umur dan digemari semua.

Sekiranya anda mencari idea untuk membuat kudapan, disini kami bawakan sebuh resepi biskut gunting tepung Bistari. Rasanya pedas dan manis, membuatkan sesiapa sahaja nak lagi dan lagi. Ianya juga amat mudah untuk disediakan dan mengambil masa yang sekejap. Jadi, apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi biskut gunting tepung bistari yang disediakan oleh Huda Seman dan mendapat banyak perkongsian di Facebook.

Resepi Biskut Gunting Tepung Bistari

biskut gunting tepung bistari
image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ayam jenama bistari perisa spicy
  • 1 biji telur
  • 4 sudu mentega
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Daun sup / daun kari
  • Jintan manis
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan diatas, kemudian, masukkan garam secukup rasa bersama daun sup yang telah dihiris halus.
  2. Gaul sampai ianya menjadi doh dan tak lekat ditangan. Kemudian, gulung ia memanjang dan menyerong.
  3. Akhir sekali, gorengkan biskut dengan api sederhana besar, sehingga kekuningan.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Mudah bukan resepi ini? Selain daripada resepi biskut gunting ini, terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.