Selain daripada nasi, ubi kayu merupakan makanan ruji orang zaman dahulu. Ubi kayu rebus, ubi kayu goreng, lepat ubi kayu dan bingka ubi kayu. Kebiasaannya semua menu yang berasaskan ubi kayu ini dijadikan sebagai sarapan, minum pagi atau minum petang. Terutamanya di kampung-kampung.

Jadi, kalau sudah tak tahu nak buat apa ubi kayu yang banyak yang dekat sekeliling rumah itu,boleh lah cuba masak bingka ubi kayu. Lagi sedap kalau makan beramai-ramai sambil bersantai-santai. Hidanglah bingka ubi kayu ini dengan teh panas. Lagi naik umpph orang kata.

Bingka Ubi Kayu ini merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu. Namun, di sebelah pantai timur ianya dikenali sebagai Bengkang Ubi Kayu. Bahan dan cara-caranya mudah sahaja. Hanya memerlukan ubi kayu yang diparut, santan, gula, garam dan air. Cara memasak nya pun senang. hanya perlu tuang adunan ke dalam loyang dan bakar. Taraaa.. Dah siap. Mudahkan? Seperti a,b,c dan 1,2,3.

Jadi apa lagi. Jom cuba resepi Nora Syikin dari laman ‘facebook’ . InsyaAllah menjadi dengan jayanya. Bolehlah puas hati bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Lagi seronok kalau dapat menjamu orang yang tersayang. Jom tengok resepinya di bawah.

Resepi Bingka Ubi Kayu

Resepi Bingka Ubi Kayu
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 4 cawan ubi kayu parut
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-caranya:

  • Kupas ubi kayu dan parut hingga dapat 4 cawan
  • Campurkan kesemua bahan dan bakar suhu 200 selama satu setengah jam
  • Biarkan bingka ubi sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang
  • Gunakan parchment paper untuk mengelakkan bingka melekat pada loyang

Selain resepi Bingka Ubi Kayu, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. ‘Sharing is caring’ kan dan terima kasih lah sebab sudi melawat blog bidadari.my. Semoga apa yang dikongsi di sini mendapat manfaatnya kepada semua yang memerlukan.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .