Menu bihun sup sentiasa dijadikan menu di hari lebaran, jamuan dan jualan. Pelbagai jenis bihun sup yang menjadi pilihan. Antaranya bihun sup utara, bihun sup terengganu, bihun sup ayam, daging dan sebagainya. Dalam banyak-banyak jenis bihun sup, bihun sup utara atau juga dikenali bihun sup kedah amat popular di kalangan masyarakat tempatan.

Bihun sup utara ini tidak lengkap jika tiada sambal merah. Resepi sambal merah terdapat versi tumis dan juga versi lebur sahaja. Jika menggunakan nama bihun sup utara, anda jangan pula hidangkan bersama sambal kicap. Sambal merah ini boleh dikira sebagai signature la untuk bihun sup utara.

Satu lagi yang dikira wajib untuk dihidangkan ialah lobak masin. Untuk bihun pula, cuma perlu rendam dalam air sejuk atau dicelur dalam air panas bersama-sama sedikit kunyit atau pewarna kuning.

Bahan utama untuk sup boleh mengikut citarasa masing-masing. Sama ada anda mahu menggunakan ayam atau daging. Boleh juga menggunakan tulang rusuk, tulang belakang dan sedikit daging. Supnya pun mudah sahaja, tidak perlu letak serai atau lada hitam. Sup kosong tetapi sedap di tekak.

Resepi dari Roshida Rifqi Raisha pasti mudah dan senang. Jom mencubanya.

Resepi Bihun Sup Kedah

Resepi Bihun Sup Kedah
Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

Bahan A: Sup

  • Ayam@daging -anggaran ikut kita
  • 4 sekawan
  • Kiub ayam
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serai
  • Garam
  • Air
  • Serbuk sup adabi
  • Daun sup/daun bawang
  • Minyak untuk menumis

Bahan B: Cili merah

  • Serbuk cili
  • Garam
  • Gula sdikit
  • Cuka
  • Air
  • Minyak utk mnumis

Cara-cara penyediaan sup:

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan 4 sekawan.
  2. Hiris bawang putih,merah dan halia kemudian tumis kan sekali bersma halia dan serai.
  3. Bila dah bau wangi masukkan ayam/daging.
  4. Kacau srhingga air daging/ayam kering.
  5. Kemudian masukkan air dan biar sehingga ia mendidih.
  6. Kemudian bila dah mendidih masukkan kiub ayam dan perasakan ikut citarasa.
  7. Kemudian masukkan serbuk sup.
  8. Kemudian, masukkan daun sup/bawang.

Cara-cara penyediaan sambal cili merah:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan sedikit air serbuk cili garam/gula dan cuka.
  2. Masak sehingga naik minyak

Dah siap. Bolehlah celur bihun tu. Tapi ingat sedang-sedang je, jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Selain daripada resepi Bihun Sup Utara, terdapat juga resepi menarik lain yang dikongsi oleh bidadari.com. Selamat membaca dan mencuba.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.