Hai.. Ada yang suka makan bihun goreng singapore tak? Sedap kan rasanya? Bihun goreng singapore ini berbeza dengan kebiasaan bihun goreng dari segi warna dan bahan-bahannya. Warna bihun goreng singapore ini warna putih kekelabuan disebabkan lada manakala bihun goreng biasa warna merah cili atau hitam kicap.

Cara penyedian bihun singapore lebih mudah kerana tidak perlu tunggu cili pecah minyak dan sebagainya. Sangatlah sesuai untuk insan yang bekerjaya yang masih ingin merasa air tangan sendiri. Resepi yang dikongsikan oleh Siti Noraliyah Watman ini lebih mudah dari resepi asal. Nak cepat dan senang lah katakan.

Resepi Bihun Goreng Singapore

Imej via Facebook

Bahan bahannya ialah :

1) 5 ulas bawang putih dicincang halus
2) 5 biji cili padi diketuk
3) 1 sudu makan black peper readymate
4) 1/2 biji lobak dihiris halus
5) 2 biji telur
6) 1 peket bihun yang sudah direndam

Cara penyediaannya yang mudah:

1) Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan cili padi. Masukkan black peper readymate dan tumis sampai naik bau.

2) Kemudian masukkan lobak merah. Biarkan sekejap sehingga lobak lembut sedikit.

3) Pecahkan telur, dan kacau sehingga hancur. Masukkan sedikit garam dan perasa secukupnya.

4) Masukkan bihun, gaul rata dan tuangkan sedikit air supaya bihun lembut sedikit.

5) Akhir sekali masukkan udang, gaulkan sehingga bihun masak. Untuk hiasan tu, boleh la letak bawang goreng or daun sup ke. Baru naik seri.

Okay, dah siap. Sedia untuk dihidang. Nampak tak? Mudahkan resepi yang dikongsikan ini. Hanya dengan ikuti lima langkah ini dah boleh makan sedap. Kalau nak bawa sebagai bekal pun sempat tau.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.