Kali ini kami akan berkongsikan resepi bendi tumis air, sayur sedap dan mudah menyediakannya.

Ramai yang suka dan tidak suka bendi. Kebanyakanya orang tidak suka bendi kerana ianya berlendir dan agak keras. Meskipun begitu, bendi juga sedap dijadikan ulam dimakan mentah.

Resepi Kali ini ialah tentang olahan masakan bendi. Kami datangkan resepi daripada Radziah Misran di laman Facebook. Resepi sayur bendi tumis air. Jadi makin berselera bukan kalau lauk macam ini?

Letak sedikit asam jawa supaya makin sedap rasa sayur, kuahnya pun sedap dihirup. Selamat mencuba.

Resepi Bendi Tumis Air

resepi bendi tumis air

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang merah dihiris,
  • Bawang putih dihiris,
  • Ikan bilis ditumbuk,
  • Minyak masak,
  • Air sedikit,
  • Asam jawa.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga sedikit garing.
  2. Masukkan air mengikut berapa banyak kuah yang kita inginkan,
  3. Masukkan ikan bilis. Didihkan.
  4. Akhir sekali masukkan 2-3 mata/biji asam jawa. Perasakan.
  5. Masukkan bendi hingga masak.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bendi , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.