Begedil kentang comel dan sedap sedia menghiasi meja makan anda hari ini. Jika anda ada stok kentang banyak tidak habis lagi dan tidak tahu masak apa, baik anda cuba resepi begedil kentang saja.

Begedil kentang rangup diluar namun lembut sangat di dalam. Cara mudah membuat begedil kentang dengan melenyek kentang yang telah digoreng kemudian digaul bersama bahan-bahan sesedap rasa.

Ada yang teringin makan begedil kentang cara ini?

Jom buat begedil kentang sekarang dengan resepi daripada ‎Haslinda Saat‎ yang dikongsikan di laman Facebook. Lengkap dengan sos kicap pencicah yang kaw. Selamat mencuba.

Resepi Begedil Kentang

begedil kentang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kentang 10 biji,
  • Daun sup (cincang halus),
  • Isi [email protected] (cincang halus dan rebus),
  • Lobak merah (parut kasar),
  • Bawang goreng 2 sudu besar,
  • Garam dan perasa,
  • Telur sebiji.

Cara-cara :

  1. Mula-mula kentang dipotong kasar dan digoreng sehingga masak.
  2. Lalu diLenyek ketika panas.
  3. Kemudian gaulkan kentang dengan daun sup, isi ayam, lobak merah, bawang goreng, garam dan perasa.
  4. Jika adunan sudah siap. Boleh bulatkan ikut saiz yang comel, celup dalam telur dan goreng.

    begedil kentang

    Imej via Facebook

  5. Sudah siap goreng begedil kentang, teruskan buat sambal kicap pencicah.

Bahan Sambal Kicap :

  • Cili padi 10-20 biji,
  • Bawang putih 5-8 biji,
  • Air asam jawa,

Cara-cara :

  1. Blend semua sekali sampai hancur,
  2. Letak kicap, garam dan gula,
  3. Masak sekejap di atas api yang kecil.

Selamat Mencuba

Resepi Menarik Lain

Selain resepi begedil kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.