Menu untuk hidangan petang. Resepi begedil daging berbahan asas kentang sedap sedia temani masa petang-petang anda.

Untuk membuat begedil daging diperlukan bahan-bahan yang mudah sangat. Selain itu, cara penyediaanya juga amat ringkas.

Selain sedap untuk dijadikan kudapan, begedil daging sedap juga dijadikan lauk tambahan makan nasi. Selain itu, ia juga sedap dimakan dengan soto, mee dan nasi goreng.

Mari cubakan resepi begedil daging sedap yang dikongsikan oleh Adeela Azhar‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.:D

Resepi Begedil Daging

Imej via Facebook

Bahan – bahan :

  • Kentang 4 biji,
  • Sedikit daging yang sudah dipotong halus- halus,
  • Daun sup,
  • Lada hitam,
  • Secubit garam,
  • 1 biji telur,

Cara-cara :

  1. Potong kentang tadi kecil-kecil kemudian goreng sampai masak.

    Imej via Facebook

  2. Lenyekkan kentang tadi ketika masih panas-panas.
  3. Kemudian masukkan daging yang dimasak sekejap ke dalam kentang.

    Imej via Facebook

  4. Taburkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  5. Masukkan daun sup yang sudah dipotong halus. Gaulkan sampai sebati.
  6. Buat bulat-bulat dan letak di atas pinggan.
  7. Tekankan sedikit permukaan kentang supaya menjadi leper.

    Imej via Facebook

  8. Celup dalam telur sebelum digoreng.

    Imej via Facebook

  9. Goreng dalam kuali yang panas.
  10. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi begedil daging, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.