Sudah tentu ramai yang mencari-cari resepi begedil. Terdapat beberapa jenis begedil yang boleh boleh kita dapati antaranya ialah begedil kentang, begedil tauhu, begedil daging dan sebagainya. Jadi, pada hari ini kita akan berkongsi dengan anda juadah yang berasal dari Indonesia ini. Kita akan berkongsi cara-cara untuk menyediakan begedil ayam yang sudah tentu sedap hingga menjilat jari.

Begedil juga datang dalam pelbagai saiz, ada yang kecil dan yang bersaiz besar. Terpulang kepada anda untuk menentukan saiz yang anda inginkan semasa menyediakannya nanti. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat cara menyediakan juadah yang berasal dari Indonesia ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah dan telah mendapat banyak perkongsian dan like di laman sosial Facebook.

Resepi Begedil Ayam

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 15 ketul kentang
  • Sebungkus ayam kisar
  • 1 cawan bawang goreng
  • 1 cawan hirisan daun sup
  • Daun bawang
  • 2 1/2 sudu
  • Garam
  • 3 biji putih telur

Cara – cara penyediaan:

  1. Kupas kentang dan cuci bersih. Kukus sehingga lembut dan sejukkan.
  2. Lecek kentang sehingga lumat.
  3. Campurkan ayam kisar yang telah dicuci, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang, lada putih dan garam bersama dengan kentang lenyek. Gaul sampai sekata.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
  5. Bulatkan dan bentukkan agar lebih cantik dan kemas.
  6. Panaskan minyak, salutkan doh begedil dengan telur putih dan goreng sehingga berwarna keemasan.
  7. Setelah masak, toskan minyak berlebihan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Jika anda berminat untuk melihat resepi-resepi lain yang telah saya kongsikan sila lihat pada pautan yang telah saya sediakan di bawah. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.