Bulgogi ialah makanan kegemaran bila pergi makan di restoran Korea. Sedap dimakan dengan nasi putih perut jadi kenyang dan puas amat.

Bulgogi ialah makanan Korea berasaskan daging lembu. Di mana daging lembu ini dihiris nipis terlebih dahulu. Daging kemudian dicampur dengan bawang Holland, lobak merah, dan minyak bijan.

Penggunaan kicap dan sos tiram membuat beef bulgogi jadi berwarna merah kecoklatan. Rasanya pula manis-manis lemak melekit ditiap hirisan dagingnya.

Makan bulgogi dengan nasi putih, kimchi, salad dan sup bikin bergairah makan. Selamat mencuba resepi beef bulgogi daripada Ana Suliana di laman Facebook. Ciptakan nuansa restoran Korea di rumah anda.

Resepi Beef Bulgogi Korea

bulgogi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Daging dihiris nipis,
  • Bawang Holland,
  • Carrot,
  • Minyak bijan,
  • Kicap,
  • Sos tiram,
  • Garam dan gula.

Cara-cara :

  1. Satukan daging yang dihiris nipis, bawang holand, carrot, gula garam secukup rasa, minyak bijan 3 sudu, kicap 3-4 sudu dan sos tiram 1 sudu.

    bulgogi

    Imej via Facebook

  2. Gaul-gaul dan perap dalam 30 minit.
  3. Kemudian grill daging di atas kuali sampai masak.
  4. Angkat, tabur daun bawang and bijan.
  5. Jika ingin lagi sedap boleh tambah telur mata cair.
  6. Siap.

    bulgogi

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi beef bulgogi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.