Di mana jua, mesti ada orang yang lebih suka makan ikan berbanding lauk lain. Mesti ada yang pantang makan ayam dan daging, sedangkan ikan ialah keutamaan.

Dan banyak antara penggemar ikan ini selalu mevariasikan resepi masakan ikan yang ada. Namun pernahkah anda terfikir masak bebola ikan? Mesti anda pernah makan. Apakata kalau kali ini anda buat sendiri bebola ikan sendiri. Mesti lebih puas bukan?

Bebola ikan biasanya dijadikan makanan gandingan dengan mee sup, mee bakso dan lain-lain. Selain makanan berkuah, bebola ikan juga sedap kalau di bakar dengan sos dan dimakan dengan kuah kacang.

Kepada anda penggemar ikan sejati, sila perhatikan resepi bebola ikan di bawah ini. Dikongsikan oleh Ilya Nornid Lieya, baca, fahami dan cuba. Resepi ini mudah untuk pemula. Selamat mencuba.

Resepi Bebola Ikan

bebola ikan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan selayang. Guna ikan tenggiri pun boleh (tumbuk yang mentah).
  • Bawang besar setengah biji.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • Halia.
  • Lada hitam.
  • Garam.
  • Gula.
    *Tumbuk semua bahan diatas
    *Bulatkan seperti dalam gambar.

    bebola ikan

    Imej via Facebook

Resepi tumis sawi :

  • 3 ulas bawang putih diketuk,
  • Sawi,
  • Lada hitam,
  • Bihun.

Cara Menyediakan Sup Bebola Ikan :

  1. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan air.
  3. Masukkan bebola ikan.
  4. Jika bebola sudah timbul artinya ia sudah masak.
  5. Masukkan sawi.
  6. Jika sudah mendidih, masukkan bihun.
  7. Siap.

    bebola ikan

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bebola ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.