Bakso atau baso merupakan makanan yang berasal dari Indonesia. Umumnya ia dibuat dari campuran daging yang digiling atau dikisar dan tepung ubi. Digentel dan dan dibulatkan sebelum direbus. Bebola daging homemade aka bakso ini kebiasaaannya disajikan dengan mi atau bihun atau sohun, taugeh, tauhu, telur. Terdapat sambal, sos dan kicap sampingan untuk menu bakso ini. Bergantung kepada si pemakan.

Boleh rujuk resepi dari Luna Lulu ini. Jom tengok resepinya.

Resepi Bebola Daging Homemade

Imej via Facebook
  • 350 Gram daging cincang
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu serbuk lada putih 
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 sudu kecil perasa 
  • 1 biji telur 
  • secubit gula 
  • 2 sudu besar tepung ubi .
  1. Gaul semua bahan-bahan kecuali tepung ubi . Selepas siap baru masukkan tepung ubi . Selepas tu boleh bulat-bulat kan . Kemudian terus masuk dalam kuah yg mendidih .

Resepi Kuah Bakso

Imej via Facebook
  • 1 Ulas bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 inci halia 
  • 2 biji buah keras 
  • 2 sudu lada sulah 
  • 2 ketul kiub pati lembu
  1. Tumis bawang , halia dengan serai sampai naik bau . Masukkan air 4 mangkuk, akar daun sup dan masukkan lada sulah , garam , perasa dan aji secukupnya . 

Siap. Sedia untuk dimakan. Cuma kuahnya lain tempat lain caranya. Ada yang pakai rempah-ratus untuk kuah. Caranya yang berbeza, cuma bahan utamanya sama. Bakso! Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .