Perkongsian kali ini iaitu popia kacang hijau a.k.a. batang buruk. Kenapa dipanggil batang buruk ya?

Bentuknya yang panjang menyerupai batang. Diambah taburan kacang hijau menambah andaian seakan ia sebuah batang pokok yang buruk.

Namun rasanya tidaklah seburuk tampilannya. Batang buruk dibuat menggunakan kulit popia menjadikan ia rangup. Taburan gula aising dan susu tepung membuat ia terasa manis dan berlemak.

Batang buruk sedap untuk dijadikan camilan hari Raya. Tidak bosan makan dan tetamu mesti suka. Kanak-kanak hingga orang dewasa selalu menginginkannya. Selamat mencuba resepi perkongsian daripada Sarina MdNayan‎ di laman Facebook.

Resepi Batang Buruk Sedap

batang buruk

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kulit popia sebungkus,
  • 500 gm tepung kacang hijau,
  • 1 ½ cawan gula aising,
  • 1 cawan susu tepung.

Cara-cara :

  1. Potong dan gulung kulit popia guna straw.
    batang buruk

    Imej via Facebook

  2. Jemur sekejap dan goreng.
    batang buruk

    Imej via Facebook

  3. Kemudian campur bahan tepung kacang hijau, gula aising dan susu.
  4. Goreng tanpa minyak hingga naik bau wangi tepung kacang hijau.
  5. Akhir sekali masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi dan penuhkan inti satu persatu.
    batang buruk

    Imej via Facebook

  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi batang buruk , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.