Penggemar cheesecake kena cuba resepi yang kami kongsikan ini. Daripada belajar ambil kelas dengan pakar, boleh kering poket beratus ringgit jika ingin belajar dengan pakar itu.

Resepi basque burnt cheesecake atau mudah dikenal dengan kek cheese hangus, diperbuat dengan menggunakan cream cheese, tepung, telur, whipping cream dan gula.

Semudah-mudahnya resepi yang ada, ialah resepi yang telah dikongsikan oleh Norlela Abdullah‎ di laman Facebook. Penyediaan kek ini ialah dengan dibakar sehingga permukaannya coklat gelap. Namun begitu rasa kek ini tidak hangit, malah sebaliknya ia amat manis, lembut dan lazat.

Tanpa buang masa, jom cubakan resepi viral bosque burnt sekarang juga. Gerenti sedap bikin ketagih.

Resepi Basque Burnt Cheese Cake

basque burnt cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1000 gram cream cheese (suhu bilik),
  • 300 gram gula halus,
  • 7 biji telur,
  • 500 gram whipping cream,
  • 30 gram tepung gandum.

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
  2. Siapkan bekas spring foam saiz 9 inch dulu.
  3. Bahagian dalam alaskan dengan parchment paper lebihkan ke atas sedikit sebab kek akan menaik.
  4. Bahagian luar spring foam balut dengan aluminum foil.
  5. Putar cream cheese dengan gula halus kemudian masukkan telur satu persatu.
  6. Kemudian masukkan whipping cream.
  7. Akhir sekali masukkan tepung gandum kaup balikkan sahaja.
  8. Masukkan adunan dalam spring foam.
  9. Bakar sejam atau sehingga bahagian atas kek agak coklat gelap. Api atas bawah. Matikan kipas.
  10. Biarkan sejuk baru buka pintu oven.
  11. Lepas itu masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

    basque burnt cheese

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi basque burnt cheese cake, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.