Teringin nak makan ban manis yang gebu, lembut dan enak? Boleh lah cuba buat sendiri. Kalau kukus ban ini, boleh feeling-feeling makan roti impit. Boleh jadikan intinya krim, sosej, telur, ayam, sayuran dan sebagainya. Bolehlah dijadikan menu bekal, berkelah. Pastinya, kepuasan makan dari titik peluh sendiri lagi sedap kot.

Jom tengok resepi dari Fierah Zulaikha yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku. Pasti jadi enak dan sedap. Apa lagi selamat membuat dan menguli doh.

Resepi Ban Manis

Imej via facebook

Bahan-bahan (untuk krim)

  • Marjerin pelangi atau puteri 500g
  • Gula halus 200g blender halus.
  • Sedikit esen vanila
  • Perisa emulco coklat
  • Kordial jagung dan esen jagung

(Telur ikut suka nk letak pon boleh, xnk pon xde masalah)

Bahan-bahan (untuk roti 500g)

  • 500g tepung roti
  • 90 g gula halus
  • 7 g garam halus
  • 28 g shortening 
  • 8 g yis
  • 3g magic improver 
  • 266 ml air sejuk 
  • (Air sukatan anggaran sahaja) jadi buh air sikit2 ikut kelembutan doh masing2

Cara-cara penyediannya:

  1. Putar marjerin n gula hingga putih dan kembang sedikit. Untuk perasa coklat masukkan emulco coklat, untuk perasa jagung, kordial jagung dan esen jagung digunakan.
  2. Penyediaan roti dimulakan dengan mencampurkan semua bahan kecuali yis dan air sejuk.
  3. Putar sebati dan masukkan air sejuk. Adunkan.
  4. Kemudian masukkan yis dan adun hingga elastik.

Resepi ini sesuai untuk semua jenis ban roti, donut dan pizza. Mudahkan? Jimat pun jimat. Apa lagi. Jangan lupa kongsikan resepi Ban Manis ini dengan yang lain. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi menarik yang lain.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.