Bakso atau baso merupakan makanan yang berasal dari Indonesia. Umumnya ia dibuat dari campuran daging yang digiling atau dikisar dan tepung ubi. Digentel dan dan dibulatkan sebelum direbus. Selain dari daging, ada juga yang diperbuat daripada ayam, ikan atau udang.

Hidangan bakso ini kebiasaaannya disajikan dengan mi atau bihun atau sohun, taugeh, tauhu, telur. Kemudian kuah sup yang panas-panas akan dituang ke atas nya dan ditaburi bawang goreng dan daun-daun bawang dan sup. Terdapat sambal, sos dan kicap sampingan untuk menu bakso ini. Bergantung kepada si pemakan.

Bakso ini sangat sedap sehinggakan menu yang biasanya popular dikalangan penduduk Indonesia, juga popular di kalangan rakyat Malaysia. Banyak gerai-gerai dan kedai yang sudah menjualnya. Sekiranya ada yang ingin mencuba buatnya di rumah tiada masalah. Boleh rujuk resepi dari Wati Bfcar ini. Jom tengok resepinya.

Resepi Bakso

Resepi bakso
Imej via Facebook

Bahan A: Bahan-bahan Bakso

Daging lembu dan daging ayam 2:1(kisar)
Tepung sagu/ubi 100 g (utk sekilo daging)
Soda bikarbonat 1 sudu teh
Bawang putih(tumbuk halus) 1 sudu makan
Lada sulah 1 sudu makan
Garam dan aji

Resepi bakso
Imej via Facebook

Bahan B: Kuah

  • 2 sudu makan bawang putih goreng (tumbuk halus)
  • 1 sudu makan lada sulah
  • tulang lembu (gearbox lagi sedap)
  • sedikit lemak daging

Bahan C: Untuk dihidang

  • Bihun, celur dengan air panas, toskan
  • Daun bawang, daun sup potong kecil
  • Bawang goreng 
  • Sambal 
  • Sos chili dan kicap
  1. Gaul semua bahan A ,bulatkan dan masukkan dalam air mendidih. Jika sudah timbul angkat dan ketepikan. Air rebusan jangan buang , boleh buat untuk kuah nanti.
  2. Untuk kuah sup, masak air rebusan tadi, masukkan bawang putih goreng (tumbuk halus) dan lada sulah , tulang lembu (gearbox lagi sedap) dan sedikit lemak kalau suka. Rebus hingga empuk, dan masukkan bakso tadi .
  3. Kemudian, perasakan dengan garam dan aji.

Siap. Sedia untuk dimakan. Cuma kuahnya lain tempat lain caranya. Ada yang pakai rempah-ratus untuk kuah. Caranya yang berbeza, cuma bahan utamanya sama. Bakso! Di sini ada resepi yang lain yang boleh dicuba.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.