Ayam Tandoori ialah hidangan ayam yang disediakan dengan memanggang ayam dalam yogurt dan rempah-rempah di dalam ketuhar silinder tanah liat.Ayam bewarna kemerahan yang meruntun sesiapa yang melihatnya.

Ayam tandoori merupakan hidangan yang berasal dari benua India, dan telah menjadi popular dalam kalangan seluruh dunia.

Ayam tandoori dimasak dengan lemon dan yogurt. Terbayang akan sedapnya ayam tandoori dimakan bersama nasi beriyani, nasi kandar atau nasi putih.

Resepi ayam tandoori yang dikongsikan oleh Nurul Joe ini amat juicy, sedap dan sama rasa macam ayam tandoori kedai mamak. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Tandoori

ayam tandoori

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 sudu besar serbuk cili,
  • 1 sudu besar serbuk kunyit,
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah,
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar,
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis,
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 2 sudu besar marjerin,
  • 2 sudu kecil garam,
  • 3 biji bawang besar,
  • 10 biji bawang putih,
  • 2 inci halia,
  • 3 biji buah pelaga,
  • Daun ketumbar,
  • 1 biji jus lemon,
  • 1 cawan greek/plain yogurt,
  • Sedikit pewarna merah.

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
  2. Gaul dengan ayam seekor dipotong 4. Kelar-kelar dan perap selama 5 jam atau lebih dalam aluminium foil.
  3. Bakar dalam loyang (tanpa foil) suhu 180°C selama satu jam atau sehingga masak. Jika mahu goreng pun boleh.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam tandoori, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.