Masakan simpel satu ini patut anda cuba. Ayam sos tiram dimasak dengan kaedah yang amat senang. Guna bawang saja, campak-campak terus jadi sedap.

Hidangan ini disukai kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas dan sesuai tekak mereka. Selain itu, ayam sos tiram juga sedap dijadikan lauk makan petang yang simpel dan pantas. Tidak perlu risau masak dikejar masa.

‎Cik Puan Sarah berkongsikan resepi ayam masak sos tiram di laman Facebook. Hanya dengan bahan-bahan paling senang masak pun jadi mudah.

Resepi Ayam Sos Tiram

ayam sos tiram

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam dipotong kecik-kecik,
  • Halia,
  • Bawang putih,
  • Bawang merah,
  • Cili merah besar,
  • Sos tiram.

    ayam sos tiram

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis halia, bawang putih, bawang merah, cili besar merah sampai wangi dan layu.
  3. Masukkan ayam. Biar sekejap bagi air ayam keluar.
  4. Jika air ayam sudah keluar, masukkan air sedikit. (Kalau ingin kuah banyak bubuh air lebih).
  5. Apabila ayam sudah mendidih, bubuh sos tiram. Jika sos tiram jenis yang masin bubuh sedikit saja.
  6. Kacau-kacau biar mendidih dan bagi kuah pekat.
  7. Jika kuah sudah pekat, ayam sos tiram siap.

Resepi Menarik Lain

Selain ayam sos tiram, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.