Resepi Korea selalu menarik hati ramai. Dan antara resepi Korea yang paling terkenal dan disukai ramai ialah ayam goreng pedas.

Bahkan di restoran Korea yang ternama, menu ayam goreng pedas paling ramai pembelinya. Kenapa hidangan ini amat digilai? Rupanya rahsia ialah pada sos pedas yang dilumur pada ayam tersebut.

Ayam goreng nan garing dan lembut, dibalur dengan sos pedas manis pekat melekat sedap menjilat jari sekarang boleh anda buat sendiri di rumah.

Fafae Mimie berkongsikan cara memasak ayam goreng pedas Korea mudah di laman Facebook. Dengan resepi ini anda boleh masak dan mengisi perut tanpa harus pergi ke restoran Korea, sudahlah harganya mesti mahal bukan?

Resepi Ayam Goreng Pedas Korea

ayam pedas korea

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam,
  • Lada hitam,
  • Halia 2 inchi,
  • Bawang puti,
  • Tepung bestari,
  • Bijan,
  • Cili kisar,
  • Cuka,
  • Madu,
  • Gula,
  • Sos cili.

Cara-cara :

  1. Mula-mula perap 10 minit ayam bersama sedikit lada hitam, halia tumbuk 2 inci dan bawang putih tumbuk 4-5 ulas.
  2. Gaul ayam dengan tepung bestari/apa-apa tepung dan goreng.
  3. Ketepikan.

Cara Buat Sos :

  1. Mula-mula sangai bijan, ketepikan.
  2. Tumis 2 ulas bawang putih, 5 sudu cili kisar. Tumis sampai garing.
  3. Masukkan 5 titik cuka, 1 sudu madu, gula agak-agak.
  4. Masukkan sos cili 4 sudu.
  5. Masak semua bahan hingga sebati.
    (Jangan tambah air, nanti ayam tidak rangup).
  6. Masukkan ayam, gaul sebati.
  7. Tabur bijan. Sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam pedas Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.