Resepi Ayam Pandan Thai ini dipercayai berasal dari Thailand. Resepi yang memang sangat sedap dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar. Bahan-bahannya pun tidak susah untuk disediakan. Sekelip mata jer dah boleh siap.

Ayam diperap bersama bahan kisar serta bahan-bahan lain. Lagi lama anda perap ayam, lagi sedap rasanya kerana bahan perapan meresap dengan baik ke dalam isi ayam. Terdapat berbagai-bagai versi resepi Ayam Pandan Thai, tetapi resepi yang dikongsikan oleh Siti Syuhaida Ramli ini tidak mudah hangit kerana beliau tidak langsung menggunakan sebarang jenis bawang sama ada bawang kecil atau bawang besar.

Resepi ini juga sangat sesuai untuk yang tengah mencari-cari untuk menu meniaga. 4 langkah sahaja yang diperlukan untuk siapkannya. Siap boleh buat frozen tau. Sedap dihidangkan bersama nasi panas. Anda harus mencuba resepi istimewa ini.

Resepi Ayam Pandan Thai

ayam pandan thai

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 40 ketul ayam
  • Daun pandan untuk membalut
  • Pengcungkil gigi untuk di cucuk
  • 5 sudu tepung serbaguna (tak kira apa brand bistari ke apa ke nak pedas or tak pedas ikut suka)

Bahan Blend:

  • 2 labu bawang putih
  • 5 inch halia
  • 8 batang serai
  • 5 sudu serbuk kari
  • 2 sudu serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu garam
  • 5 sudu gula
  • 1 sudu perasa ayam (knorr)

Cara-cara Penyediaannya:

1. Blend bahan di atas.

2. Kemudian perap pada ayam & masukkan tepung serbaguna.

3. Perap 3 @4 jam atau semalaman.

4. Balut dengan daun pandan.

5. Siap untuk digoreng dalam minyak yang panas.

Mudah ke mudah sangat? Bolehlah makan bersama-sama nasi panas ataupun boleh diciah bersama-sama sos cili thai. Pasti sedap sehingga menjilat jari. Selain resepi ini, kami ada kongsikan resepi menarik yang lain ya ! Semoga bermanfaat dan selamat mencuba ya !

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.