Teringin nak masakkan Ayam Masak Merah sendiri? Sedap dan lazat jer kan makan menu ini di majlis-majlis seperti kenduri, keraian, jamuan dan sebagainya.  Jangan risau yer, anda boleh cuba buatnya sendiri kerana resepi ini mempunyai cara pembuatan yang amat mudah dan bahan – bahan yang senang untuk didapati. Sekiranya anda seorang amatur juga anda boleh menyediakan hidangan ini.

Ayam masak merah adalah masakan tradisi orang Melayu. Rasanya pedas dan manis kena dengan tekak orang kita menjadikannya kegemaran ramai orang. Resepi kali ini adalah sebuah resepi ayam masak merah style kenduri kahwin. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat resepi yang telah dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said. Resepi ini merupakan resepi turun menurun tau. Rugi kalau tak cuba.

Resepi Ayam Masak Merah

ayam masak merah

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • Ayam seekor, gaul garam kunyit dan goreng dulu (jangan garing sangat)

Bahan kisar:

  • Cili kering 2 genggam, cili kering campur pedas dan tak pedas (rebus dulu )
  • Bawang besar 1 setengah bij
  • Bawang putih 6-7 ulas
  • Halia stgh ibu jari
  • Belacan stgh ibu jari
  • Buah tomato size besar 2 biji
  • Bahan tumis
  • Tiga sekawan
  • Bawang besar sebiji hiris2
  • Serai 1-2 batang titik kan
  • Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul (wajib ada)

Cara memasaknya:

  1. Cedok minyak darigoreng ayam tadi dalam 3 senduk
  2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan yang telah dikisar.
  3. Tumis hingga bahan-bahan menggaring dan pecah minyak.
  4. Agak-agak nampak kurang minyak, tambahkan lagi sikit.
  5. Lepas dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
  6. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair
  7. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat
  8. Dah cukup rasa dan sebati,  masukkan ayam goreng gaul sekata
  9. Taburkan hirisan bawang besar
  10. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan kuahnya

Selain resepi Ayam Masak Kicap Berempah ini, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

 

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.