Ayam masak kicap merupakan salah satu menu masakan yang sangat mudah dimasak. Menu ini boleh disantap pada waktu petang mahupun malam. Kanak-kanak sangat menyukai masakan ini kerana rasanya tidak pedas. Kadang-kadang menu juga dihidangkan untuk kenduri atau majlis kahwin.

Pada tulisan di bawah ini kami kongsikan resepi Ayam Masak Kicap Berempah sedap yang mendapat perkongsian ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Haslina Amat di Facebook. Jom cuba buatnya.

Resepi Ayam Kicap Berempah

ayam masak kicap berempah

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 8-12 ketul ayam
  • 4 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *

Kesemua * dikisar bersama.

  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa.
  • ( Ramas dan ambil airnya)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 3 sudu makan minyak
  • 1 cawan air
  • Garam, gula
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 biji cili padi merah/hijau
  • 4 helai daun limau purut

Cara memasaknya:

1. Goreng separuh masak ayam dengan garam dan kunyit serbuk.
2. Tumis bahan blend* hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
4. Masuk air asam jawa dan air .
5. Biarkan mendidih dan pecah minyak.
6. Tambah gula ,garam dan kicap
7. Sesuaikan rasa hingga sebati.8
8. Masukkan ayam goreng dan gaul sebati.
9. Tambah bahan2 lain 🌼 bawang besar, cili padi dan daun limau purut.
10. Biarkan hingga bawang sedikit layu.
11. Siap di hidang bersama nasi putih

Selain resepi Ayam Masak Kicap Berempah ini, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.