Pernahkah anda mencuba untuk makan hidangan ala cina Muslim iaitu ayam masak cili kering?

Adihai. Tiba-tiba asahaja rasa terliur. Sedapnya jika dapat makan ayam masak cili kering tengah hari ini.

Rasa hidangan resepi ayam masak cili kering ini masam-masam manis dan pedas. Hidangan yang telah disesuaikan dengan selera melayu tentunya. Rugi jika tidak cuba.

Suami, anak, mertua mesti akan suka hidangan ini. Masakan yang sedap serta rencahnya ringan dan sihat. Ia tidak pedas namun lazat anak-anak boleh makan. Daging ayam juga lembut jika dimasak dengan cara benar.

Ayuh buat ayam masak cili kering untuk makan tengah hari ini. Resepi dibagikan oleh Fatin Pauzi di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Ayam Masak Cili Kering

ayam masak cili kering cina

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang merah dimayang dan dipotong besar (2 versi),
  • Bawang putih dimayang,
  • Lada besar 1 biji dimayang,
  • Cili padi 3 biji dimayang,
  • Cili kering 10 tangkai dipotong kecil-kecil,
  • Daun kari,
  • Sos cili, sos tomato dan sos tiram,
  • Paste asam jawa,
  • Tepung gandum,
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Ayam dipotong kecil. Basuh ayam dengan air garam.
  2. Lepas basuh, celup ayam dalam telur dan tepung.
  3. Goreng ayam. Toskan minyak ayam.

    ayam masak cili kering cina

    Imej via Facebook

  4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
  5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
  6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
  7. Masukkan sedikit air. Biar sedikit pekat.

    ayam masak cili kering cina

    Imej via Facebook

  8. Masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
  9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.

    ayam masak cili kering cina

    Imej via Facebook

  10. Bila sebati, biar sekejap dan siap.

    ayam masak cili kering cina

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi ayam masak cili kering, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.