Ayam kung pao ialah hidangan yang berasal dari Sichuan, Tiongkok, dimana ayam dipotong dadu dan digoreng pedas dengan, kacang tanah, sayur-sayuran, dan cili. Walaupun hidangan ini terdapat di seluruh China, terdapat variasi wilayah yang biasanya kurang pedas daripada hidangan Sichuan.

Ayam kung pao sedap dimakan dengan nasi putih. Sila cubakan resepi ayam masak kung pao yang dikongsikan oleh ‎Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor di laman Facebook. Saking sedapnya rasa ingin meratah ayam sahaja.

Kepedasan bergantung pada cili kering sebab cili kering ada yang pedas dan ada yang tidak. Kalau ingin lagi pedas boleh tambah cili padi.

Resepi Ayam Kung Pao

kung pao

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam,
  • Bawang putih,
  • Halia,
  • Lada kering (gunting-gunting),
  • Lada benggala,
  • Bawang Holland,
  • Sos tiram,
  • Kicap manis,
  • Cili sos,
  • Sedikit bancuan air + tepung jagung,
  • Daun bawang.

Cara-cara :

  1. Perap isi ayam dengan tepung jagung, black pepper, garam dan sedikit air. Kemudian ayam digoreng. Lepas goreng letak tepi dulu.
  2. Tumis bawang putih, halia dan lada kering.
  3. Apabila sudah naik wangi baru masukkan lada benggala, bawang Holland, sos tiram, kicap manis, sos cili dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan sekejap.
  4. Kemudian masukkan ayam goreng tadi, gajus dan daun bawang. Gaul rata, siap.

Resepi Menarik Lain

Selain ayam masak kung pao, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.