Memandangkan harga KFC dah semakin mahal. Kenalah belajar buat ayam goreng tepung sendiri kat rumah. Bolehlah jamu seisi keluarga dengan sos cili atau sos tomato. Nak lagi ‘feel’ boleh tambah menu ‘cheesy wedges’, ‘mash potatoes’ dan ‘coleslaw’.

Nak buatnya tak susah pun. Hanya perlu perapkan ayam, golekkan ayam tersebut dengan telur dan tepung. Dah siap menggolek bolehlah mula menggoreng dengan api yang perlahan. Nak hasil yang terbaik, pastikan bila menggoreng tuh ayam tenggelam dalam minyak panas. Barulah masak sekata.

Jadi, apa lagi jom tengok resepi dari Nasariah Aziz yang menjadi kesukaan ramai di ‘Facebook’. Resepi yang dikongsi merupakan resepi yang dipakai ketika berniaga ayam goren tepung dahulu.

Resepi Ayam Goreng Tepung

Resepi Ayam Goreng Tepung
Imej via 100 comments

Bahan A: Bahan Perapan Ayam:

  • 1 ekor ayam potong 6/8
  • 7 ulas bawang putih tumbuk
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • 3 sudu serbuk pasti sedap/ajinamoto
  • sedikit soda bikarbonat
  • sedikit garam
  • sedikit air

Bahan B: Bahan Tepung untuk Salutan Ayam:

  • 2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk cili ( nak letak lebih pun boleh )
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit serbuk bawang putih
  • sedikit soda bikarbonat
  • 1 biji telur

Cara-caranya:

  1. Perap kesemua bahan A ini selama 5 jam ( lagi lama perap lagi sedap )
  2. Campurkan kesemua Bahan B kecuali telur.
  3. Gaul ayam selama 3 min bersama adunan tepung yang telah dicampur tadi.
  4. Selepas itu pukul telur.
  5. Golekkan ayam dalam telur supaya senang tepung nak melekat pada ayam.
  6. Selepas itu gaul lagi sekali ayam tadi pada tepung hingga tepung pada ayam keringtingan.
  7. Goreng ayam dalam periuk agar ayam masak sekata dalam minyak yang betul-betul panas selama 15minit.
  8. Pastikan api tak terlalu besar untuk mengelakkan ayam dari hanya masak di luar tetapi tidak di dalam.

Tada. Dah siap. Sedia dihidang bersama sos dan kentang goreng. Mesti sedap kan? Selain dari resepi Ayam Goreng Tepung ini, kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.