Selain Coleslaw dan kentang putar, ayam goreng KFC yang crispy dan juicy juga menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak kira pelbagai lapisan, kaum dan agama. Memang boleh ratah berketul-ketul lah nih. Tapi yela, sakit jugak poket kalau kerap sangat makan KFC. Tambah-tanbah bila makin lama harga makin naik. Cubalah sekali sekala buat sendiri. Pasti boleh jimat banyak.

Jadi peminat-peminat tegar KFC wajib tengok dan cuba resepi yang dikongsikan oleh Noriza Jaja . Rasanya sedap dan enak seperti di KFC. Tak payah dah susah-susah nak keluar cari KFC. Beratur panjang-panjang. Hanya siapkan bahan dan buat. Bolehlah makan KFC walaupun waktu hujung bulan. Berbaloi-baloi.

Resepi Ayam Goreng KFC

Imej via Facebook
  1. Potong ayam kepada beberapa bahagian,bersih dan toskan.
  2. Campurkan tepung ayam bestari, sedikit tepung jagung, tepung beras, tepung gandum (tepung bestari paling banyak). Boleh tambah serbuk lada hitam dan lada sulah ,serbuk bawang putih jika nak. Kemudian celup dalam telur dan salut dalam campuran tepung (tepung ni semua kering takyah campur air) tu semula dan terus goreng.
  3. Gorengkan dalam periuk dengan minyak yang banyak. Goreng hingga ayam masak.

Resepi coleslaw

  • 1/2 biji kobis dipotong dadu
  • 1/3 batang lobak merah potong dadu kecil
  • 1/8 bawang holland potong dadu kecil
  • 4-5 sudu besar mayonis
  • 1 sudu gula
  • 5 sudu besar susu full cream
  • 3 sudu besar buttermilk.jika tiada boleh guna yogurt plain
  • 1 sudu kecil cuka
  • Garam secukup rasa.
  1. Potong dadu kobis dan lobak merah ketepikan
  2. Dalam bekas lain masukkan bawang,mayonis,gula,susu,yogurt,cuka dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Satukan kobis,lobak merah,dan bahan-bahan lain gaul hingga sebati simpan dalam peti sejuk.

Resepi kentang putar

  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 2-3 sudu besar butter
  • Secukup rasa lada hitam dan lada sulah.
  1. Rebus kentang hingga lembut
  2. Bila dah lembut lenyek kentang ketika panas-panas hingga betul-betul halus
  3. Masukkan butter gaul sebati
  4. Masukkan lada hitam dan lada sulah.
  5. Masukkan susu gaul sebati dan siap.

Resepi sos (gravy)

  • 1 labu bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih(dadu)
  • 4 sudu besar butter 
  • 2 sudu besar tepung gandum@jagung
  • 2 kiub ayam
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit kicap manis utk warna yg sedikit gelap
  • 2 1/2 cawan air.
  1. Cairkan butter dalan kuali,tumis bawang biar bertukar perang
  2. Masukkan tepung gandum kacau hingga perang
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati dan tutup api.
  4. Masukkan dalam blender dan blend sehingga halus.
  5. Masak semula dengan api sederhana,masukkan kiub ayam,lada hitam,lada sulah,kicap manis kacau hingga sebati, jika terlalu pekat boleh tambah lagi air. Tutup api.

Selamat mencuba ya. Selain dari resepi ini, kami juga menulis resepi menarik yang lain. Jemput tengok dan jangan lupa kongsikan dengan yang lain ya. Sharing is caring guys.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.