Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan ayam bakar pula.. Ayam Bakar ala-ala Kenny Rogers. Pasti satu family suka nih. Boleh nak makan dengan nasi ala-ala masakan melayu atau makan ala-ala western. Dua dalam satu.

Caranya pun takdelah susah sangat pun. Hanya kisar bahan-bahan perapan, perapkan ayam dan kemudian sedia untuk dibakar. Dah siap. Hanya tunggu masak jer. Mudahkan? Jimat masa pula tuh. Bolehlah guna lebihan masa untuk berehat atau bergurau senda dengan family.

Resepi mudah Ayam Bakar ala-ala Kenny Rogers ini merupakan perkongsian Cik Pooja yang mendapat sambutan hangat dari pengguna Facebook.

Resepi Ayam Bakar Kenny Rogers

Imej via Facebook

Bahan untuk perapan:

  • 2 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar pati oren sunquick (yang dalam botol)
  • 1 senduk sos [email protected] lada hitam
  • 3 sudu besar majerin(cairkan atas api)
  • 1 biji ubi kentang(rebus empuk)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir

Cara-caranya:

  1. Kisar kesemua bahan-bahan perapan di dalam bahan pengisar. Kisar dengan 1/4 cawan air.
  2. Kemudian, tuangkan bahan perapan yang telah dikisar ke atas ayam yang telah dicuci bersih.
  3. Perap ayam ini selama 2 jam.
  4. Setelah siap diperap, ayam sedia dibakar dengan suhu 200°c selama 45 minit- 1jam atau sehingga masak. (crunchy diluar juicy di dalam)
  5. Siap sedia dihidang.
  6. Bolehlah ditambah dengan barang tambahan seperti brokoli, kentang, kubis bunga, carrot, timun, salad, tomato dan sebagainya. Tapi ingat brokoli, kentang, kubis bunga dan carrot perlu dikukus atau direbus terlebih dahulu.

Selain resepi Ayam bakar Kenny Rogers, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.