Teringin makan sesuatu yang pedas? Tetapi tidak tahu apanya? Jom cuba resepi asam pedas ikan pari yang mendapat perkongsian ramai ini.

Asam pedas seperti yang diketahui amat terkenal di negeri Melaka dan Johor. Jika anda pergi ke Melaka, dan daerah Johor, menu masakan ini wajib anda cuba.

Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Sue Ninie. Jom kita tengok apa resepi nya. Asam pedas ikan pari. Jemput baca.

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Resepi asam pedas ikan pari

Imej via Facebook

Bahan Memasak Yang Digunakan

  • 1 biji tomato potong 4
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • Satu senduk kecik minyak masak
  • 20 tangkai cili kering (kalo ikan Lebih, Lebih kan cili kering)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari (diketuk)
  • Serai sebatang dititik

Cara Memasak Asam Pedas Ikan Pari

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukan serai.
  4. Masukan lengkuas.
  5. Masukkan ikan, daun kesum dan bendi biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukan garam, serbuk perasa dan gula sedikit.
  7. Masukkan tomato, perlahankan api biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
Resepin asam pedas ikan pari

Imej via Google

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Asam Pedas Ikan Pari, kami juga telah mengongsikan resepi menarik lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.