Malam ini teringin makan asam pedas ikan kembung. Siapa tercari resepi asam pedas ikan kembung, mari cuba resepi di bawah ini.

Mana lagi sedap antara asam pedas letak asam keping atau asam jawa? Apapun itu terpulang kepada kesukaan masing-masing. Namun resepi yang dikongsikan oleh Shuhaidah Ibrahim‎‎ di laman Facebook ini menggunakan asam jawa.

Ikan kembung dagingnya enak dan lembut jika dimasak betul-betul. Makin terasa sedapnya jika ikan kembung dimasak asam pedas. Makan dengan nasi putih panas makin merangsang selera. Tanpa tunggu lama, mari cubakan resepi di bawah ini.

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 ulas bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 2 cm halia,
  • Sedikit belacan,
    *Blend kesemua bahan di atas.
  • 6 ekor ikan kembung (disiang dan basuh bersih),
  • 1 mangkuk cili kering kisar,
  • 2 batang serai dititik,
  • Daun kesum dan bunga kantan,
  • Bendi,
  • Air asam jawa secukupnya,
  • Garam dan gula,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai sampai naik bau.
  2. Masukkan cili kering, tumis hingga garing dan pecah minyak. (Masa ini cili akan merecik-merecik, maka kena hati-hati tutup dengan tudung periuk).
  3. Jika sudah garing, masukkan air asam jawa. Renehkan sekejap.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  5. Masukkan ikan dan masukkan air sedikit. Kacau-kacau sedikit.
  6. Masukkan bendi.
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih.
  8. Tutup api. Siap.

Nota : Kuah kalau cair sangat tidak sedap. Kuantiti asam jawa terpulang anda, jangan masam sangat.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi asam pedas ikan kembung, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.