Ada cara baru nak menikmati epal. Cara ini boleh anda buat jika anda bosan makan epal dengan mengupas kulit, potong, belum lagi buang biji. Juga jika anda ingin menyajikan epal sebagai makanan yang menarik. Kami syorkan anda untuk cuba resepi ini.

Apple Strudel namanya. Ialah makanan yang menggunakan epal yang dipotong kecil sebagai bahan utamanya. kemudiannya digulung dengan puff pastry. Puff digulung memanjang bersama epal kemudian di bakar. Kena hati-hati masa menggulung itu ya. Takut isinya keluar semua.

Makanan ini menjadi favorit ramai sejak kebelakangan ini. Apple strudel telah memikat hati orang ramai sehingga ia banyak diminati. Makanan ini cocok dijadikan masakan untuk hidangan majlis mewah. Dihidangkan sebagai dessert dalam acara pesta.

Sangat dialu-alukan supaya anda membuat resepi menarik daripada ‎Mahfuzah Amin‎ di laman Facebook ini. Anak- anak anda pula gerenti makin suka makan epal. Sila cuba resepi di bawah ini.

Resepi Apple Strudel

apple strudel

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Puff pastry
  • 2 biji apple
  • 2 sudu besar gula kastor (kalau nak manis boleh lebihkan)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil chinnamon powder
  • 1 biji telur
  • Almond flake
  • Gula aising
apple strudel

Imej via Facebook

Cara-cara :

1. Potong dadu/wedges apple.
2. Gaulkan dengan tepung, gula kastor dan chinnamon powder.
3. Nipiskan puff pastry, nanti jadi memanjang sikit.
4. Letak inti apple. Gulung.

apple strudel

Imej via Facebook

5. Kemaskan tepi takut nanti inti meleleh.
6. Gariskan. Sapu telur. Tabur almond flake, tekan sikit bagi melekat.

apple strudel

Imej via Facebook

7. Bakar pada suhu 200°C selama 30 minit (ikut oven masing-masing).
8. Biarkan sejuk sikit. Taburkan gula aising.

apple strudel

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apple strudel, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.