Banyaknya pisang, tapi tak tahu nak buat apa? Goreng sudah, lempeng sudah, cekodok sudah. Bosan dan buntu? Apa kata cuba buat Apam Pisang. Minum bersama teh ‘O” panas. Sedap juga tuh. Senang pun senang. Yela, bahan yang diperlukan tak banyak dan caranya pun mudah. Tambahan lagi, boleh simpan untuk beberapa hari.

Bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.

Tapi itulah, nak buat Apam Pisang ini, untuk dapatkan rasanya tiada masalah. Cumanya nak menjadikan tekstur apam pisang gebu dan naik adalah sedikit sukar. Kadang-kadang masa panas tuh nampak macam gebu dan naik cantik jer, tapi bila dah sejuk dah jadi lain. Frust sikit lah kan.

Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Pn Zulina Apam Pisang sentiasa nampak cantik dan gebu wwalaupun dah sejuk. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Jom tengok resepi nya.

Resepi Apam Pisang

Resepi Apam Pisang
Imej via facebook

Bahan-bahannya:

  • Tepung 2 cawan
  • Gula 1 cawan
  • Pisang kapas 1 cawan
  • Minyak masak 1 cawan
  • Baking power
  • Bikarbonat
  • Telor 3 biji

Cara-caranya:

  1. Mula-mula, lenyekkan pisang selama sejam.
  2. Kisar gula, minyak dan telur.
  3. Dalam masa yang sama, boleh ayakkan tepung, bikarbonat dan baking powder.
  4. Kemudian, satukan kesemua bahan yang telah dikisar dan bahan yang telah diayak tadi. Adunkannya sehingga sebati.
  5. Masukkan pisang dan teruskan menggaul.
  6. Apabila sudah sebati, masukkan adunan ke dalam acuan.
  7. Sapukan minyak dan kukus sehingga 20 minit.

Ringkas dan mudah kan? Bahan-bahan pun tak banyak perlu disediakan. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Apam Pisang ini dan resepi kami yang lain ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .