Kami ini berkongsi resepi apam mekar yang sangat gebu, lembut dan sedap!

Kuih apam mekar dihasilkan dengan menggunakan tepung gandum dengan campuran air, gula, telur dan bahan lain. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan.

Kuih apam mekar ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kuih apam biasanya gebu, lembut dan mekar merekah seperti bunga. Kadangkala diberi pewarna bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni cantik dan menggiurkan selera.

Kami akan mengongsikan resepi apam mekar yang mendapat perkongsian ramai di Facebook yang dikongsikan oleh Lea Abd Jalil. Resepi ini sangat mudah untuk dibuat.  Resepinya sangat simple dan cara membuatnya pula sangat senang dan tidak memakan masa. Apam mekar ini pula dikukus hanya dalam 15 minit. Sangat menjimat masa. Sila dicuba resepi di bawah ini.

Resepi Apam Mekar

Apam mekar

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur.
  • 2 cawan gula halus.
  • 1 sudu besar ovallete.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan ais krim soda.

Cara Membuat :

1) Mula-mula pukul telur, gula, ovallete dan juga esen vanilla sehingga kembang dan gebu.
2) Kemudian masukkan tepung gandum dan ais krim soda. Pukul rata.
3) Tuangkan dalam acuan.
4) Kukus dengan api kuat selama 10-15 minit. Siap

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apam mekar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.