Apam mekar merupakan salah satu versi apam yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Akan tetapi, apam bukanlah mudah untuk disediakan. Oleh itu, kali ini kami bawakan resepi apam mekar versi mudah yang boleh disediakan oleh sesiapa sahaja, termasuk juga kepada sesiapa yang baru berjinak dalam bidang masakan dan baru belajar memasak.

Resepi ini juga tidak memerlukan bahan yang banyak dan kesemua bahan boleh didapati dengan mudah dan murah. Sekiranya anda mencari resepi yang mudah untuk disediakan serta mahu membuatkan yang tersayang impressed dengan anda, jom cuba resepi ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Masni Bahari dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook. Wah, pasti menjadi. Jom kita tengok!

Resepi Apam Mekar Versi Mudah

apam mekar
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (dikisar)
  • 2 biji telur
  • 1 sb ovelet
  • 1 cawan air ais krim soda
  • Pewarna

Cara – cara penyediaanya:

  1. Kisar telur, gula dan ovelet sehingga kembang dan jad i putih gebu.
  2. Apabila sudah kembang tuangkan air ais krim soda dan kacau sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung.
  4. Kacau sehingga sebati dan masukkan pewarna.
  5. Jika anda menggunakan acuan yang kecil kukus selama 10 minit.
  6. Jika anda menggunakan acuan yang besar anda perlu kukus selama 30 minit.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.