Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Terdapat pelbagai jenis apam yang berbeza bentuk, rupa dan rasa yang popular. Di antaranya adalah apam kukus, apam balik, apam pisang, apam beras, apam berkuah, apam manis dan sebagainya.

Apam Kukus ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.

Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Zuridah Zu .Apam Kukus sentiasa nampak cantik dan gebu. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Jom tengok resepi nya.

Resepi Apam Kukus

resepi apam kukus
Imej via facebook

Bahan-Bahan :

  • 3 biji telur gred b
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecik ovelate
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 cawan santan kotak atau susu segar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu baking powder
  • Pewarna hijau
  • Pewarna rose pink

Cara-cara menyediakannya:

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder
  2. Mixer telur, gula, ovalate dan esen vanilla hingga kembang putih. 
  3. Masukkan santan selang seli dengan tepung.
  4. Mix sebati baru bahagi dua bahagian.
  5. Satu bahagian letak pewarna hijau.
  6. Satu bahagian letak pewarna rose pink.
  7. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
  8. Tabur sedikit bijan hitam dlm acuan.
  9. Tuang adunan rose pink paras acuan. 
  10. Kemudian tuang adunan hijau hingga penuh acuan.
  11. Kukus 10-15 minit api besar

Mudahkan? Apam kukus tembikai ini mampu menarik minat kanak-kanak untuk memakannya. Tak payah pening dah kalau ada yang tak lalu makan. Nampak ini insyaAllah terus naik selera. Apa lagi, bolehlah mencubanya.

Selain dari resepi Apam Kukus ini, blog bidadari.my ini juga memaparkan resepi menarik yang lain. Jemput membaca dan mencubanya. Dan jangan lupa kongsi resepi-resepi menarik kami dengan yang lain ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.