Mencari resepi apam gula hangus yang sedap? Resepi apam gula hangus kukus ini datangnya daripada Ziela Lewis di laman Facebook.

Sepatutnya namanya ialah apam gula hangus gebus gebas kerana bentuknya memang super gebus dan gebas.

Sekali cuba resepi ini memang tidak akan cari resepi lain. Rasanya manis, lembut, sedap. Senang buat apam gula hangus kukus ini.

Rasanya yang lembut, sedap dan wangi membuat anak-anak suka makan. Tanpa tunggu lama, sila cuba dan kongsikan resepi di bawah ini.

Resepi Apam Gula Hangus Kukus

apam gula hangus

Imej via Facebook

Bahan-bahan A :

  • 1 cawan @ 200 gram gula dimasak,
  • 1 cawan @ 200 gram air,

Bahan B :

  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu teh soda bikarbonat,
  • 1 biji telur gred A,
  • 2 sudu besar majerin,
  • 2 sudu besar susu pekat,
  • ½ cawan minyak masak,
  • Sedikit esen vanilla jika suka.

Cara-cara :

  1. Masak gula hingga berbuih. Masukkan air panas dan majerin. Biarkan sejuk.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung dan soda bikarbonat terlebih dahulu.
  3. Dalam bekas lain pula, blender telur atau pukul hingga berbuih.
  4. Kemudian satukan air, gula dan tepung yang sudah diayak bersama susu, minyak dan telur yang sudah dipukul.
  5. Sebatikan dan tapis takut ada tepung yang bergentel. Perap selama 15 minit .
  6. Setelah itu, sapukan minyak pada acuan dan tuang adunan hampir-hampir penuh.
  7. Kukus dengan api besar selama 15 minit.
  8. Pastikan permukaan kuih berkilat tanda sudah nasak. Biarkan suam baru keluarkan dari acuan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apam gula hangus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.