Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Terdapat pelbagai jenis apam yang berbeza bentuk, rupa dan rasa yang popular. Di antaranya adalah apam balik, apam pisang, apam beras, apam berkuah, apam manis dan sebagainya. Tetapi kalau ada sedikit nasi lebihan semalam, nak buat nasi goreng tak lepas, cubalah buat Apam Beras.

Apam Beras ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.

Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Kartini Ismail Apam Beras sentiasa nampak cantik dan gebu. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Jom tengok resepi nya.

Resepi Apam Beras

Resepi Apam Beras
Imej via [email protected]

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan setengah gula
  • 1 paket mauripan

Bahan B:

  • 2 cawan nasi yang telah dikisar dengan 3 cawan air
  • Pewarna yg disukai
  • Kelapa muda parut digaul dgn sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Isikan Bahan A ke dalam besen.
  2. Kisar nasi dan tuangkannya ke dalam besen tersebut.
  3. Kacau dengan tangan dan hancurkan tepung yang berbiji.
  4. Jika bancuhan pekat bolehlah tambah sedikit air.
  5. Selepas itu asingkan kepada dua bahagian. Satu bahagian tanpa pewarna. Satu bahagian lagi isi pewarna dan kacau.
  6. Tuang terus ke dalam cup acuan cawan 2/3 penuh sahaja atau tuang dalam loyang 2/3 penuh.
  7. Biarkan bancuhan naik ke paras loyang/cup (biasanya dalam 1/2 jam).
  8. Kemudian barulah di kukus dalam 15 minit.
  9. Biarkan sejuk dan taburkan kelapa parut bersama-sama apam beras.

Ringkas dan mudah kan? Bahan-bahan pun tak banyak perlu disediakan. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Apam Beras ini dan resepi kami yang lain ya.

Penulis: SyaMimi

SyaMimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .