Jom cuba resepi apam balik hari ini.

Siapa suka si gebus ini? Makan ketika masih panas sangat sedap tiada tara. Kali ini akan kami kongsikan resepi apam balik versi gebu yang dikongsikan oleh Norwatie Mukhlas di laman Facebook.

Apam biasanya dijumpai di pasar malam dan kebanyakan bentuknya nipis, pada resepi ini pula kami hadirkan untuk anda resepi apam menarik yang gebu. Apam balik homemade ini telah menuai banyak pujian dan perkongsian ramai di Facebook.

Selain sedap, makanan ini sangat mengenyangkan tentunya. Anda boleh menambahkan topping yang anda suka seperti susu, Oreo, Nestum, choco rice, cheese, pisang, kacang kisar dan lain-lain. Kesedapan toppingnya bergantung pada kreativiti anda sendiri.

Dengan resepi ini anda boleh membuat apam balik homemade yang bahkan lebih sedap daripada yang dijual di pasar malam. Keluarga mesti suka. Selamat mencuba.

Resepi Apam Balik Gebu

apam balik Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • 1 sudu kecik yis,
  • 2 sudu besar minyak masak,
  • 2 biji telur,
  • 1 sudu kecik baking powder,
  • 1 ½ cawan air,
  • Secubit garam,
  • 1/3 cawan gula,
  • Sedikit pewarna kuning.

Cara-cara :

  1. Mula-mula blend telur dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan minyak, garam, yis, baking powder, pewarna dan blend lagi.
  3. Masukkan air dan tepung, kemudian blend lagi hingga sebati.
  4. Kemudian perap adunan selama 2 jam.
  5. Masak di atas pan non stick dengan api sederhana.
  6. Apabila adunan naik dan kering sedikit, taburkan kacang tanah yang diblend, jagung ala krim, gula dan mentega.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi apam balik, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.