Almond crunchy atau yang dikenali biskut florenta diperbuat menggunakan almond. Ianya biskut yang lazim dijumpai dimana-mana negeri.

Resepi campak-campak dan mudah dapat menghasilkan almond crunchy yang sedap. Menggunakan paper cup sebagai bekas untuk membentukkan almond crunchy yang nipis dan rangup.

Almond crunchy sedap dijadikan kudapan hari raya. Sesuai namanya, ia amat crunchy di kunyah dan sedap. Umi Hartini Muhammad berkongsikan resepi almond  crunchy yang mudah dan sedap di laman Facebook.

Tanpa tunggu lama kami hadirkan resepi almond crunchy di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Almond Crunchy @ Biskut Florentine

almond crunchy

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 500 gram tepung Florentine,
  • 500 gram almond flakes,
  • 200 gram biji labu,
  • 200 gram biji bunga matahari,
  • 20 gram bijan hitam,
  • Paper cup size M secukupnya.

Cara-cara :

  1. Bakar kacang sebentar dalam 5 minit. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan semua kacang dan gaul sebati.
  3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .

    almond crunchy

    Imej via Facebook

  4. Sudukan ke dalam papercup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar.

    almond crunchy

    Imej via Facebook

  5. Bakar pada suhu 160°C selama 10-15 minit.
  6. Keluarkan biskut dan biarkan sejuk sebentar.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.

    almond crunchy

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi crunchy almond, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.