Yogurt merupakan makanan yang terhasil daripada penapaian susu oleh bakteri. Umumnya susu yang diolah ialah susu lembu.Yogurt memiliki banyak kebaikan untuk bayi, kanak-kanak mahupun warga emas.

Yogurt rasanya agak masam, namun yogurt komersil ada yang berperisa buah sehingganya selain orang dewasa, kanak-kanak juga mesti suka makan yogurt.

Untuk lebih menarik, aiskrim yogurt mulai dibuat untuk memenuhi keinginan orang ramai makan yogurt. Aiskrim berperisa yogurt ini mestinya akan jadi favorit ramai.

Siti Aisyah di laman Facebook berkongsikan resepi aiskrim yogurt yang sedap, segar dan mudah. Selamat mencuba.

Resepi Aiskrim Yogurt

aiskrim yogurt

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu pekat,
  • 1 tin susu whipping cream,
  • 2 sudu ovallate,
  • 3 bekas yogurt natural,
  • 2 sudu susu tepung Dutchlady (boleh tidak letak),
  • ½ kotak non dairy whipping cream,
  • Filling fruit topping blueberry, strawberry, manggo,
  • Buah-buahan segar.

    aiskrim yogurt

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Ambil bekas bersih, masukkan ovallate, susu pekat, yogurt, susu tepung dan whipping cream. Mix sampai adunan sebati dan tidak berketul.
  2. Kemudian masukkan non dairy whipping cream. Putar lagi sampai adunan naik tinggi 2x ganda. Masa putar kena hati-hati sebab dia merecik.
  3. Jika sudah siap, bubuh filling dalam bekas.

    aiskrim yogurt

    Imej via Facebook

  4. Letak aiskrim yogurt dalam bekas dalam suku cawan dan filling lagi ke atas dia.
  5. Kemudian letak lagi aiskrim yogurt jangan sampai penuh.

    aiskrim yogurt

    Imej via Facebook

  6. Kemudian letak lagi filling dan boleh bubuh buah-buahan di atasnya.
  7. Siap. Boleh tutup bekas dan simpan dalam peti ais beku selama 4 jam baru makan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi aiskrim yogurt, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.