Kanak-kanak memang paling suka makan aiskrim. Apalagi kalau mak-mak cuba buat aiskrim sumi. Pasti mereka akan sering buka peti sejuk teringin lagi dan lagi.

Resepi aiskrim sumi dibuat menggunakan bancuhan susu pekat dan susu cair. Bancuhan diletakkan secubit garam supaya rasanya jadi sedap dan lemak manis.

Sumi pula dipotong kecil dan diletak di dalam bancuhan susu, inilah bagian yang paling disukai kanak-kanak. Hisap-hisap aiskrim sumi sampai kering plastiknya.

Cuaca panas macam ini, jom buat aiskrim sumi segar untuk lepaskan dahaga. Resepi dikongsikan oleh Fareydah Iman Dania‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Aiskrim Sumi

aiskrim sumi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu pekat,
  • 1 tin susu cair,
  • 4 tin air kosong,
  • Secubit garam,
  • 2 bungkus sumi.

Cara-cara :

  1. Masak susu pekat, susu cair, air kosong dan garam hingga mendidih.
  2. Biarkan sejuk seketika.
  3. Gunakan plastik 1 ½ x12, masukkan sumi yang dibelah 4.
  4. Tuang bancuan susu ke dalam plastik.
  5. Bekukan. Sedia untuk dimakan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi aiskrim sumi, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.