Mencari resepi aiskrim goreng sedap mudah cepat? Inilah rahsia buat aiskrim goreng paling mudah dan cepat! 5 minit sahaja sudah siap boleh dimakan.

Yang paling senang lagi ialah bahan yang digunakan hanya 2 bahan sahaja! Iaitu 2 keping roti dan aiskrim untuk membuat satu biji aiskrim goreng.

Cara membuat aiskrim goreng amat unik. Sesuai namanya aiskrim goreng diperbuat dengan cara menggoreng aiskrim dalam minyak panas namun tetap mengkekalkan kesejukkannya. Mesti anda persoalkan macam mana boleh aiskrim digoreng?

Aiskrim goreng panas di luar namun sejuk di dalam. Kudapan ini harus dimakan cepat-cepat sebab cepat cair. Tanpa buat anda penasaran lagi, jom buat aiskrim goreng sejuk di tekak! Resepi daripada Salimah Olie di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Aiskrim Goreng Mudah Cepat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Roti,
  • Ice cream,
  • Mangkuk kecil untuk tekap,
  • Penggelek.

Cara-cara :

  1. Gelek roti bagi penyek.
  2. Ambil satu sudu kecil penuh aiskrim dan letak di tengah-tengah roti.

    Imej via Facebook

  3. Lapiskan sekeping lagi roti di atasnya.
  4. Tekap dengan cawan/mangkuk hingga putus.

    Imej via Facebook

  5. Bungkus dalam plastik berasingan untuk mengelakkan roti melekat masa proses pembekuan.

    Imej via Facebook

  6. Bekukan dalam peti sejuk beku semalaman atau 5-6 jam.
  7. Jika sudah beku, panaskan minyak dan masukkan terus aiskrim roti yang beku tadi.
  8. Goreng balikkan sekejap saja dalam 30 saat. Jika sudah nampak warna garing, terus angkat dan makan.

    Imej via Facebook

P/s : pastikan minyak betul-betul panas semasa menggoreng aiskrim.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi aiskrim goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.