Mencari resepi aiskrim paling mudah? Anda berada di laman web yang tepat. Hari ini kami akan suguhkan untuk anda resepi aiskrim coklat paling senang dan mudah.

Resepi aiskrim ini menggunakan bahan Hershey’s Chocolate Syrup sebagai bahan utama perisa coklat. Berganding susu dan coklat, sangat sedap manis memikat. Resepinya sangat senang cuma 5 minit sahaja dapat menghasilkan aiskrim sedap memikat.

Para ibu yang ada masa boleh cuba buat aiskrim ini petang-petang untuk anak-anak di rumah. Konfirm anak-anak anda akan sangat suka. Resepi perkongsian ramai daripada ‎Azarimah Ismail‎ di Facebook. Jom buat resepinya.

Resepi Aiskrim Coklat

aiskrim coklat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair
  • 2 sb susu pekat
  • 1 penutup esen vanila
  • 2 sb ovalet
  • Hershey’s Chocolate Syrup (agak-agak, bukan tuang sebotol ya)

Cara-cara :

  1. Bubuh semua bahan dalan blender.
  2. Blend dalam 5 minit.
  3. Bubuh dalam bekas.
  4. Bekukan semalaman.
  5. Siap.

Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.