Choki-choki coklat kecintaan anak-anak. Dengan style lain choki-choki hadir dalam aiskrim. Mesti anak-anak lebih suka akan aiskrim choki-choki.

Terkadang tidak hanya anak-anak bahkan orang dewasa juga sangat menyukai aiskrim choki-choki. Ianya segar dan lemak susu serta manis Choki-choki memang tidak boleh tahan. Membuat budak-budak sangat ketagih.

Baru-baru ini, aiskrim Choki-choki sangat digilai ramai. Apapun perisa aiskrim mesti menggunakan Chok-choki. Elok anda buat sendiri aiskrim Choki-choki di rumah. Lebih berbaloi daripada Sang anak beli di luar dengan harga yang tidak berpatutan. Buat sendiri lebih terjamin kebersihannya.

Sila manjakan anak-anak anda layan selera mereka dengan aiskrim Choki-choki resepi daripada Ekin OmAr di laman Facebook. Buat sendiri lebih puas boleh letak aiskrim banyak-banyak.

Resepi Aiskrim Choki-Choki

aiskrim choki-choki

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 tin susu cair,
  • 1 tin susu pekat,
  • Air 4 atau 5 tin,
  • Secubit garam,
  • 2 sudu tepung jagung.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Didihkan guna api slow.
  3. Kacau perlahan-lahan.
  4. Bila susu sudah mendidih tutup api biarkan sejuk sekejap.
  5. Ambil Choki-choki, picitkan ke dalam plastik aiskrim. Ratakan Choki-choki.
  6. Baru tuang susu tadi ke dalam plastik.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi aiskrim Choki-choki, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.