Cuaca panas macam sekarang. Mesti anak-anak sibuk ingin air katira bukan? Mak-mak sekarang bolehlah cuba  buat sendiri dengan perkongsian yang kami kongsikan di bawah ini.

Resepi air katira cuba-cuba daripada Sheila Fendy‎ di laman Facebook ini banyak mendapat perkongsian. Silalah cuba buat resepi ini untuk hilangkan dahaga. Lebih berbaloi daripada beli mahal-mahal bukan? Bahkan minuman ini banyak dihidangkan semasa keduri, bulan puasa dan hari raya.

Buat sendiri lebih puas. Menggunakan pewarna minuman berperisa tebu. Kenapa tebu? Tidak rasa tebu kah nanti airnya? Tenang sahabat semua, tidak rasa tebu pun melainkan rasa katira sebenarnya. Resepi simple tapi sedap dan menarik. Jom cuba!

Resepi Air Katira Segar

resepi air katira

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Pewarna minuman berperisa tebu,
  • Susu pekat manis,
  • Chia seed / biji selasih,
  • Air cincau.

    air katira

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Sukatan mengikut sesedap mata memandang dan sesedap rasa.
  2. Air cincau ditapis. Ambil cincaunya sahaja.
  3. Mula-mula masukkan minuman berperisa tebu ke dalam bekas/cawan.
  4. Kemudian masukkan cincau.
  5. Seterusnya masukkan chia seeds/biji selasih.
  6. Kemudian masukkan susu pekat manis.
  7. Bancuh dengan air secukupnya.
  8. Tambahkan ais supaya lebih segar dan sedap.
  9. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi air katira, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.