Minuman manis lagi menyegarkan yang sesuai untuk melepaskan dahaga anda. Air jagung selalu jadi pilihan bila beli air. Beli di pasar malam, minuman untuk berbuka air jagung paling ramai dicari.

Ianya manis dan wangi aroma jagung sangat membangkitkan selera untuk meminumnya. Selain di bulan ramadhan, air jagung juga paling dicari di hari-hari biasa. Sebagai hidangan untuk para tetamu, buat stock dalam peti sejuk.

Membuat air jagung mudah saja sebenarnya, cukup beli pati di pasar raya bancuh dengan air, terus jadi. Tapi jika anda menginginkan air jagung yang sedap nikmat marvelous, maka kami cadangkan anda untuk mengikuti resepi yang kami kongsikan ini.

Kami hadirkan resepi air jagung yang sedap dan segar untuk anda hidangkan. Resepi perkongsian daripada Fauziah Yahya di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Air Jagung Segar

air jagung

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 liter air,
  • 1/2 cawan pati jagung,
  • 1 cawan gula ( ikut sukatan manis anda ),
  • 1 tin jagung manis ala krim dalam tin,
  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 tin susu cair ( apa-apa brand sahaja ).

Cara Penyediaan :

  1. Mula-mula, masak air bersama gula hingga mendidih dan gula larut.
  2. Kemudian masukkan pati jagung ikut kepekatan dan aromanya.
  3. Lalu masukkan susu cair dan jagung tin.
  4. Tutup api dan masukkan susu pekat ikut kesesuaian citarasa.
  5. Hidangkan bersama ketulan ais.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi air jagung, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.