Badan kita kadang-kadang rasa sakit je, lagi-lagi di bahagian perut. Bila kita pergi berurut, tukang urut kata badan banyak angin. Lepas mengurut lega sikit badan sebab angin-angin semua dah keluar. Tetapi, esok lusa badan sakit-sakit balik sebab sudah dimasuki angin.

Hal ini kerana kita terlalu kuat bekerja sehingga lupa untuk berehat. Mahu pergi mengurut tapi tidak berkesempatan kerana sibuk bekerja. Balik kerja sudah lewat, esok pagi sudah pergi ke tempat kerja. Memang begitu penat sekali.

Jadi, bagaimana kita mahu buang angin dalam badan dengan senang tanpa pergi mengurut? Walaupun sapu minyak angin satu badan, tetapi rasa sakit masih rasa.

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai resepi air buang angin dalam badan. Info ini dikongsikan oleh Puan Fadzilah Mahmud. Puan Fadzilah suka berkongsikan tips dan petua kecantikan di Facebooknya. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Puan Fadzilah.

Resepi air buang angin dalam badan.

Bahan-bahan:

resepi air buang angin dalam badan
Image via Facebook
  • Serai 3 batang
  • Halia 2 inchi
  • Susu tepung
  • 3 gelas air

Cara buatnya:

1. Ketuk serai ,halia kemudian panaskan periuk masakkan 3 gelas air sekali. Rebus sampai jadi segelas untuk diminum.

2. Masukkan susu tepung apa jenama pun boleh Dila guna EVERYDAY. Hehe sedap rasanya.

3. Kacau dan biar mendidih sekejap tutup api. Minum suam-suaam waktu pagi perut kosong tau.

4. Boleh amalkan seminggu 2x kali. Insyaallah angin akan berlumba-lumba keluar.

resepi air buang angin dalam badan
Image via Facebook

*Resepi ini amat mudah dan cepat untuk kita buang angin dalam badan. Hanya 2 kali seminggu sahaja, tidak perlu lagi berhabis wang untuk pergi mengurut. Barang-barang dapur juga mudah didapati dan yang lebih penting jimat.

Resepi ini amat sesuai untuk orang yang kuat bekerja dan badan selalu sakit-sakit kerana kuat bekerja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.