Resepi Air Asam (Menyengat Sangat!)

Selamat pagi buat semua! Di hujung minggu di bulan Ramadhan ini eloklah kita perbanyakkan lagi amalan-amalan untuk kita peroleh lebih pahala dan keberkatan dariNya. Jangan asyik nak tido ajee kan. Ahaks!

Hujung minggu ni biasa kita ada energy lebih lah sikit since kita ada 2 hari untuk berehat sebelum kita mulakan rutin bekerja di hari-hari biasa. Jadi, bolehlah kita main masak-masak dan mencuba resepi baru. Anda suka resepi sihat masakan bakar-bakar?

Kalau ada sesiapa yang tengah on diet tu eloklah pilih masakan cara bakar, rebus dan kukus. Biasanya yang famous adalah masakan jenis bakar sebab rasanya dapat menambah selera makan. Nak diet pun kita kena pastikan menu yang dipilih tu mestilah enak selain sihat. Barulah bersemangat nak diet!

Masakan jenis bakar contohnya ikan bakar, sotong bakar dan sebagainya tidak akan lengkap tanpa pencicah air asam. Hari ini, kami akan kongsikan resepi air asam yang sangat sedap ini dari saudara Syed Mohd Nazli di facebook. Semoga bermanfaat.

Resepi Air Asam

Air Asam

Image Via facebook

Bahan-bahan:

  • Cili api yang diricik halus
  • Bawang besar dipotong bulat
  • Buah tomato dirincik halus
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa
  • Belacan
  • Kerisik

Cara Penyediaan:

  1. Semua bahan diatas di ramas dengan air perahan asam jawa.
  2. Pastikan tidak dicampur air yang banyak, biar antara pekat dan cair. Jangan terlalu cair.
  3. Belacan dan kerisik boleh ditambah sehingga menaikkan rasa sedap air asam ini,cili api juga boleh ditambah untuk tahap kepedasannya.

Rumusannya,bahan bahan boleh ditambah seandainya kurang rasa kesedapannya.

Diharap agar anda boleh share dan mencubanya ya. Selain resepi ini, kami juga ada kongsikan banyak resepi lain yang turut mendapat perkongsian ramai. WAJIB cuba tau!

Merupakan seorang graduan perakaunan dan kewangan. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa yang aktif menggunakan dunia teknologi untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!